Abjad Bahasa Melayu

Abjad bahasa Melayu moden (di Malaysia, Tulisan Rumi) mengandungi 26 huruf Abjad Latin asas ISO tanpa sebarang diakritik. [1] Bahasa Melayu lebih biasa ditulis dalam tulisan ini daripada Jawi (olahan Aksara Arab). Abjad Bahasa Melayu Latin adalah aksara bahasa Melayu rasmi di Indonesia (sebagai Bahasa Indonesia), Malaysia (sebagai Bahasa Malaysia) dan Singapura, manakala tulisan ini adalah ko-rasmi dengan Jawi di Brunei.Dahulu, sebilangan aksara seperti aksara-aksara Pallava, Kawi dan Rencong, digunakan untuk menulis Bahasa Melayu Kuno, sehingga digantikan oleh Jawi dengan pengenalan Islam. Ketibaan kuasa jajahan Eropah membawa abjad Latin ke Kepulauan Melayu.Negeri-negeri yang menutur bahasa Melayu terbahagi kepada dua pemerintahan kolonial (Belanda dan British), dua ortografi ejaan berlainan dimajukan di Hindia Timur Belanda dan Tanah Melayu British masing-masing, dipengaruhi oleh ortografi bahasa kolonial masing-masing. Sistem Ejaan Soewandi (atau Sistem Ejaan Republik selepas kemerdekaan), digunakan di Hindia Timur Belanda dan kemudian di Indonesia merdeka sehingga 1972, berdasarkan abjad Bahasa Belanda. Pada 1972, sebagai usaha untuk menyatukan penggunaan sistem ejaan bahasa Melayu, kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia masing-masing mula mengadakan pembaharuan ejaan, dipanggil Ejaan yang Disempurnakan di Indonesia dan Ejaan Rumi Bersama di Malaysia. Walaupun pewakilan bunyi penuturan kebanyakannya sama, sebilangan kelainan ejaan masih ada.